v for vendetta

Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our webpage.

by administrators

v for vendetta

Kepada semua ahli, diminta untuk melakukan suai kenal didalam ruangan ICE-BREAKING untuk meluluskan status anda sebagai ahli,TQ

Latest topics

» my honda accord....
Mon Aug 10, 2009 12:43 pm by krullizme

» kebakaran hutan di bintulu
Thu Aug 06, 2009 11:58 pm by krullizme

» Kemalangan di jalan batu kitang
Thu Aug 06, 2009 11:51 pm by krullizme

» Seseorang yg benar2 mencintai kita....
Thu Aug 06, 2009 11:49 pm by krullizme

» upload la gambar2 member yg kena spotted...
Thu Aug 06, 2009 11:48 pm by krullizme

» kemalangan di jalan sultan tengah
Wed Aug 05, 2009 12:27 am by apex_4545

» pencuri ATM guna "bulldozer"??
Mon Aug 03, 2009 1:14 am by krullizme

» The Spring autoshow 2009
Sat Aug 01, 2009 3:44 am by krullizme

» tips mencari half-cut
Thu Jul 30, 2009 11:05 am by krullizme

Navigation

Affiliates


    UBAHSUAI YG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    Share
    avatar
    apex_4545
    Administrator
    Administrator

    Posts : 150
    Join date : 2009-07-08
    Age : 31
    Location : kuching-simunjan-putatan

    UBAHSUAI YG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    Post  apex_4545 on Thu Jul 09, 2009 11:29 am

    UBAHSUAI YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

    Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:


    * Pemasangan "air spoiler'' dibahagian hadapan dan belakang.
    * Pemasangan ''side skirt'', ''aerofoil'' dan ''door visor'' pada kereta.
    * Pemasangan ''protecting guards'' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
    * Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiotor,bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.
    * Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.
    * Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (samaada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
    * Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
    * Pemasangan para bumbung.
    * Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
    * Pemasangan sun roof diatas bumbung.
    * Pemasangan sportlight atau lampu halogen (berwarna putih atau kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.



    Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.

    Contohnya:-

    -Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.

    -Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.

    -Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.

    -Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.

    -Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.

    -Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.

    -Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.

    -Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

    -Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.

    -Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.

    -Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.

    -Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.

    -Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

    Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.


    _________________
    enjoy your ride with camcrew and sioloon....
    enjoy & have a nice day!!!


    0168754545/0168766644


      Current date/time is Wed Nov 21, 2018 2:21 pm